Just another WordPress.com site

>

Tersebutlah kisah…..


Rev.W.C.Horley merupakan tokoh pengasas awal penubuhan sekolah ini yang dimulai daripada sebuah sekolah rendah.Setelah asasnya terbina, kerajaan telah mengambil-alih sekolah tersebut pada tahun 1923 yang dikenali sebagai Government English School, Tapah.

Antara tokoh-tokoh berwibawa yang pernah menjadi pengetua sekolahini seperti Tan Sri Abdul Hamid Khan, Tuan Syed Shaidali, Encik Edward Foster Lee dan Encik Gathiresam Pillai.Di bawah pentadbiran mereka keadaan sekolah bertambah baik.

Semasa meletus perang Pasifik, sekolah ini telah diambil alih oleh pihakJepun.Sepanjang pemerintahan Jepun sekolah ini telah ditadbir oleh Encik Collin Campbell dan Encik Kandavanam.
Menjelang tahun-tahun kemerdekaan, iaitu pada tahun 1952 di bawah pentadbiran Encik Sarjan Singh sekolah ini telah dipindahkan dari tapak lama iaitu dari tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, Tapah ketapak yang sedia ada sekarang dengan nama Government English SecondarySchool (GESS).
Dalam tahun 1957 Encik Utam Singh , Pengetua pada ketika itu merupakan tokoh yang bertanggung-jawab membawa sekolah ini menjuarai Hoki Merdeka. Selepas kematian beliau,Encik Neon Thean Chye dari Raffles Colege menggantikan beliau pada tahun 1958.

Kehadiran Tuan Haji Alias Mohamed bin Haji Abdul Ghani pada tahun ,1971 seorang graduan lepasan Universiti Malaya telah membawa perubahan yang besar. Di bawah pimpinan beliau, sekolah ini mencapai kemajuan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Di atas kesungguhan beliau juga sekolah ini telah memulakan kelas tingkatan enam aliran sains pada tahun 1975 diikuti pada tahun 1976 kelas tingkatan enam aliran sastera.

Menjelang tahun 1976, sekolah ini telah memiliki bangunan yang lengkap seperti bilik-bilik kemahiran Ekonomi Rumah Tangga, Makmal Fizik, Makmal,Kimia,Makmal Biologi dan bengkel Kemahiran Hidup. Di samping itu empat buah bangunan asrama telah didirikan untuk kemudahan pelajar yang tinggal jauh dari sekolah.

Pada tahun 1977, sempena perayaan Jubli Perak dan bersesuaian dengan dasar pelajaran kebangsaan maka nama sekolah ini digantikan dengan nama baru SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUYONG ADIL, TAPAH. Bersempena nama tokoh sejarah tempatan yang tidak asing lagi.

Sesungguhnya, SMK Buyong Adil telah banyak melalui dan menyimpan rentetan sejarah sesuai dengan usianya yang telah melewati 47 tahun.

Bagi para pembaca mungkin tertanya-tanya kenapa plak teman nak citerkan pasal sekolah Buyong Adil nih. Sekolah nih le yang telah banyak teman tinggalkan kenangan suka duka ketika menimba ilmu. Teman terhutang budi pada sekolah yang berjasa ni kerana telah membentuk teman menjadi salah seorang khalifah yang agak berguna di muka bumi ALLAH yang bertuah ni.

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 aku sekolah kat sini. Macam-macam aku buat. Masih segar dalam ingatan aku ni bilamana aku mengorat aweks, memeras ugut, membelasah junior n paling yang aku takleh aku lupakan adalah kes gaduh bodoh aku di luar sekolah yang melibatkan polis datang ke sekolah. Nasib baik tak kene tendang kuor skolah. Kehkehkehkeh..

Terima kasih guru-guru yang pernah mengajar aku walaupun waktu itu aku buta dalam terang.
Tak tau ape maknanya menimba ilmu.
Tak tau ape maknanya guru yang berceloteh di depan tak mengenal jemu semata-mata memberikan ilmu pada anak-anak murid.
Tak tau menghargai masa terluang ketika di sekolah.
Tak tau erti bersungguh ketika menelaah pelajaran.
Tak tau bersyukur kerana berpeluang belajar dalam keadaan sekolah yang cukup serba serbi.

Terima kasih sekolah.
Terima kasih cikgu.
Terima kasih mama.

Terima kasih kepada mangsa-mangsa aku dulu kerana membuatkan aku rasa sungguh berpengaruh dulu.
Kehkehkehkeh…

Terima kasih segalanya….

p/s: nih kalu nak updated news psl SMKBA = http://www.smkba.edu.my

Advertisements

Comments on: ">SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUYONG ADIL TAPAH PERAK" (4)

  1. >apa la tak warga ekolah yang murni langsung. tgk kakak ko ni, baik budi bahasa and disayangi guru. wakakakaka.

  2. >ceh…mengkaliek!!a’ah,,tuisyen kt umah cikgu toooot pun jd skandal…wakakaka…

  3. >walaupun dah 4 tahun aku tinggalkan sekolah…tapi aku tetap ingat cikgu n kengkawan aku…2005 dalam kenangan…stil remember me fieyza kelas 5’o’..n also sweet memories 2003 kelas 3’y’

  4. >muaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Gumpalan Label

%d bloggers like this: